{"id":984,"date":"2026-09-13T04:02:32","date_gmt":"2026-09-12T20:02:32","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=984"},"modified":"2026-09-14T04:03:04","modified_gmt":"2026-09-13T20:03:04","slug":"bangsamoro-siap-sedia-anjur-pilihan-raya-sulung-di-selatan-filipina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/09\/13\/bangsamoro-siap-sedia-anjur-pilihan-raya-sulung-di-selatan-filipina\/","title":{"rendered":"Bangsamoro Siap Sedia Anjur Pilihan Raya Sulung Di Selatan Filipina"},"content":{"rendered":"<p>ISLAMABAD, 13 Sept (Bernama-Anadolu) &#8212; Wilayah Autonomi Bangsamoro yang majoriti penduduknya beragama Islam di Filipina bersiap sedia menganjurkan pilihan raya parlimen sulungnya pada Isnin, yang dilihat sebagai langkah penting dalam usaha mencapai pemerintahan sendiri dan keamanan berpanjangan selepas penentangan berdekad-dekad.<\/p>\n<p>Hampir 2.4 juta pengundi berdaftar sedia membuat pilihan, dengan 80 kerusi dipertaruhkan dalam pilihan raya yang akan menentukan ahli parlimen bagi badan perundangan wilayah berkenaan, lapor Anadolu Ajansi memetik Agensi Berita Filipina (PNA) pada Ahad.<\/p>\n<p>Ini merangkumi 40 wakil parti politik, 32 wakil kawasan,  dan lapan wakil sektoral.<\/p>\n<p>Proses pengundian akan bermula dari 7 pagi waktu tempatan pada Isnin hingga 7 malam.<\/p>\n<p>Pilihan raya berkenaan akan menggunakan mesin pengiraan automatik yang pernah ditempatkan semasa pilihan raya pertengahan penggal Mei 2025.<\/p>\n<p>Wilayah Autonomi Bangsamoro di Muslim Mindanao (BARMM) dihuni kira-kira lima juta penduduk, dengan majoritinya beragama Islam.<\/p>\n<p>Ia merangkumi lima wilayah, tiga bandar raya dan 63 kampung di lapan kelompok kawasan geografi khas.<\/p>\n<p>Pada Januari 2019, satu referendum meluluskan &#8220;Undang-Undang Organik Bangsamoro&#8221;, yang mengasaskan &#8220;Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro&#8221; secara rasmi di wilayah berkenaan, susulan penentangan berdekad-dekad oleh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang dipimpin Murad Ebrahim.<\/p>\n<p>Murad dilantik sebagai ketua menteri sementara yang pertama bagi wilayah autonomi berkenaan pada tahun yang sama. Beliau digantikan oleh Abdulraof Macacua pada Mac tahun lepas.<\/p>\n<p>Pilihan raya pada Isnin ini diadakan selepas ditangguhkan sebanyak empat kali.<\/p>\n<p>Mahkamah Agung Filipina menangguhkan pilihan raya parlimen pertama di Wilayah Bangsamoro bagi kali ketiga pada tahun lepas.<\/p>\n<p>Pilihan raya itu, yang asalnya dijadualkan pada 2022, ditangguhkan ke 11 Mei tahun lepas, kemudian dijadualkan semula ke Oktober sebelum ditangguhkan sekali lagi.<\/p>\n<p>Bagi pengundi muda dan wanita, pilihan raya bersejarah ini bukan sekadar proses memilih pemimpin semata-mata.<\/p>\n<p>&#8220;Antara yang bersiap sedia untuk mengambil bahagian termasuk wanita dan belia Bangsamoro, yang mana suara mereka diberi ruang dalam sistem parlimen baharu ini bukan sahaja menerusi undian, malah melalui perwakilan sektoral, pendidikan pengundi dan penyertaan dalam proses pilihan raya,&#8221; menurut kenyataan Kerajaan Bangsamoro.<\/p>\n<p>Di bawah Akta Autonomi Bangsamoro, parti politik parlimen wilayah diwajibkan memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada senarai calon parti terdiri daripada wanita. Setakat yang boleh dilaksanakan, sekurang-kurangnya seorang daripada setiap tiga calon parti mestilah seorang wanita.<\/p>\n<p>Peruntukan itu menetapkan kuota jantina yang bertujuan meningkatkan perwakilan wanita dalam Parlimen Bangsamoro yang pertama.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (Comelec) juga merizabkan masing-masing satu kerusi untuk wanita, belia, pemimpin tradisional, dan ulama, serta dua kerusi rizab untuk komuniti pendatang dan Masyarakat Orang Asal Bukan Moro dalam Parlimen.<\/p>\n<p>Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, George Garcia berkata pilihan raya itu merupakan kesinambungan perjuangan Bangsamoro untuk pemerintahan sendiri menerusi proses keamanan.<\/p>\n<p>MILF memimpin perjuangan autonomi wilayah berkenaan sejak pertengahan abad ke-20, yang akhirnya membawa kepada rundingan keamanan dan pembentukan kerajaan transisi selepas referendum pada 21 Jan 2019.<\/p>\n<p>Sebelum Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro diasaskan pada 2019 susulan referendum itu, MILF di bawah pimpinan Murad Ebrahim telah memohon tempoh transisi selama enam tahun semasa rundingan keamanan dengan kerajaan pusat Manila.<\/p>\n<p>Namun, rundingan berkenaan mencapai persetujuan untuk tempoh kerajaan transisi selama tiga tahun di bawah Murad sebagai ketua menteri sehingga 2022.<\/p>\n<p>Kedua-dua pihak bersetuju untuk membenarkan kerajaan transisi mengambil alih pentadbiran wilayah dan mengendalikan hal ehwal berkenaan sehingga 2022, apabila persetujuan untuk pilihan raya diadakan, dicapai.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA-ANADOLU<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ISLAMABAD, 13 Sept (Bernama-Anadolu) &#8212; Wilayah Autonomi Bangsamoro yang majoriti penduduknya beragama Islam di Filipina bersiap sedia menganjurkan pilihan raya parlimen sulungnya pada Isnin, yang dilihat sebagai langkah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":968,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,4],"tags":[],"class_list":["post-984","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-featured","category-whats-up"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/984","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=984"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/984\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/968"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=984"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=984"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=984"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}