{"id":976,"date":"2026-09-13T04:00:21","date_gmt":"2026-09-12T20:00:21","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=976"},"modified":"2026-09-14T04:00:45","modified_gmt":"2026-09-13T20:00:45","slug":"motac-cari-peruntukan-bantu-negeri-naik-taraf-destinasi-pelancongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/09\/13\/motac-cari-peruntukan-bantu-negeri-naik-taraf-destinasi-pelancongan\/","title":{"rendered":"MOTAC Cari Peruntukan Bantu Negeri Naik Taraf Destinasi Pelancongan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) &#8212; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan berusaha mencari peruntukan bagi membantu kerajaan negeri menaik taraf destinasi pelancongan sedia ada dan membangunkan lokasi baharu bagi menarik lebih ramai pelancong.<\/p>\n<p>Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu penting memandangkan pelancong sentiasa mencari destinasi baharu dan menarik, selain terdapat negeri yang mempunyai banyak lokasi berpotensi untuk dibangunkan, namun berdepan kekangan peruntukan.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita semua negeri bekerjasama untuk menarik lebih ramai pelancong datang, dan melancong ke negeri masing-masing. Kita mesti usaha atas peruntukan untuk negeri,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 &#8211; \u201cWOW Malaysia\u201d di sini malam ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Chiew Choon Man dan Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot.<\/p>\n<p>Tiong berkata penganjuran FBM selama enam hari hingga Rabu ini di Taman Tasik Titiwangsa menampilkan pelbagai acara, antaranya persembahan seni tradisional, pameran budaya serta keunikan warisan dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Beliau berkata festival anjuran MOTAC bersama agensi, rakan strategik, penggiat seni dan budaya itu ialah program yang meraikan keindahan seni, kekayaan budaya dan khazanah warisan negara. <\/p>\n<p>Penganjuran FBM di Taman Tasik Titiwangsa dan Johor Bahru pada tahun lepas serta di Ipoh, Perak baru-baru ini berjaya menarik 772,192 orang pengunjung dan menjana pulangan pelaburan (ROI) sebanyak RM56.5 juta, sekali gus membuktikan potensi besar festival itu dalam mempromosikan seni, budaya, warisan dan pelancongan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cMelalui festival ini, peluang ekonomi juga diwujudkan untuk rakyat, daripada pengusaha makanan tempatan dan pemandu pengangkutan, sehinggalah kepada penggiat seni, usahawan kecil serta artisan kraf.<\/p>\n<p>\u201cInilah nilai sebenar yang ingin kita bawa melalui pelancongan dan kebudayaan, pertumbuhan yang manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata festival berkenaan turut menjadi platform untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya Malaysia kepada pelancong sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (TMM 2026-2027), selain menggalakkan rakyat menyambut pengunjung dengan semangat Mesra Malaysia, menjaga kebersihan serta menjadi duta kecil negara.<\/p>\n<p>\u201cSemoga festival ini terus menjadi platform yang menyatukan rakyat, menyemarakkan perasaan cinta terhadap seni, budaya dan warisan, serta membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni, komuniti tempatan dan pemain industri pelancongan.<\/p>\n<p>\u201cLebih penting, usaha kita ini terus memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik, berdaya saing dan bertaraf dunia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) &#8212; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan berusaha mencari peruntukan bagi membantu kerajaan negeri menaik taraf destinasi pelancongan sedia ada dan membangunkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":965,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,5],"tags":[],"class_list":["post-976","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-featured","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/976","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=976"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/976\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/965"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}