{"id":949,"date":"2026-09-12T03:00:03","date_gmt":"2026-09-11T19:00:03","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=949"},"modified":"2026-09-13T03:00:36","modified_gmt":"2026-09-12T19:00:36","slug":"banjir-nepal-pasukan-smart-dijangka-pulang-sabtu-atau-ahad-mohamad-hasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/09\/12\/banjir-nepal-pasukan-smart-dijangka-pulang-sabtu-atau-ahad-mohamad-hasan\/","title":{"rendered":"Banjir Nepal: Pasukan SMART dijangka pulang Sabtu atau Ahad &#8211; Mohamad Hasan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat di Nepal dijangka kembali ke Malaysia sama ada pada Sabtu atau Ahad.<\/p>\n<p>Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kepulangan pasukan itu susulan operasi berkenaan yang sudah berada di penghujung dan tidak banyak lagi yang dapat dilakukan pasukan berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya fikir hari ini (Sabtu) atau esok (Ahad) mereka akan kembali kerana kita sudah berada di penghujung operasi di sana dan tidak banyak yang boleh kita lakukan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Sabtu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mohamad berkata kerajaan Nepal masih belum berhasrat menamatkan operasi mencari dan menyelamat walaupun pasukan SMART dijangka pulang.<\/p>\n<p>Katanya, berdasarkan laporan harian yang diterima daripada Kedutaan Malaysia di Nepal, kira-kira 5,000 individu masih dalam kategori tidak dapat dikesan.<\/p>\n<p>&#8220;Pihak berkuasa Nepal tidak berhasrat untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat kerana masih ada kira-kira 5,000 orang yang tidak dapat dikesan.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka tidak mahu mengumumkan pemberhentian atau menamatkan operasi ini kerana tidak mahu timbul isu tempatan dan bimbang rakyat akan menekan kerajaan Nepal,&#8221; tambahnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata usaha mencari masih dijalankan berikutan terdapat timbunan lumpur dan pasir yang tebal sehingga menyebabkan banyak rumah serta bangunan tertimbus sepenuhnya.<\/p>\n<p>-Agensi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat di Nepal dijangka kembali ke Malaysia sama ada pada Sabtu atau Ahad. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":938,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,5],"tags":[],"class_list":["post-949","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-featured","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/949","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=949"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/949\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/938"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=949"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=949"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=949"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}