{"id":858,"date":"2026-01-18T06:54:11","date_gmt":"2026-01-17T22:54:11","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=858"},"modified":"2026-01-18T06:54:11","modified_gmt":"2026-01-17T22:54:11","slug":"ahmad-zahid-diberi-tanggungjawab-jaga-felda-fgv","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/01\/18\/ahmad-zahid-diberi-tanggungjawab-jaga-felda-fgv\/","title":{"rendered":"Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga Felda, FGV"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah dipertanggungjawabkan secara rasmi sebagai menteri yang menjaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures (FGV).<\/p>\n<p>Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau menerima surat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan mengenai perkara itu, semalam.<\/p>\n<p>&#8220;Semalam saya dapat surat daripada Perdana Menteri yang menyebutkan tanggungjawab baharu saya sebagai menteri yang menjaga Felda dan FGV dengan rasminya,&#8221; katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan bantuan seorang timbalan menteri bagi menguruskan hal ehwal berkaitan peneroka dan Felda yang disifatkannya sebagai tugas yang berat.<\/p>\n<p>Dalam sidang media selepas itu, beliau berkata Felda masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. &#8220;NADMA juga berada di bawah JPM, begitu juga Majlis TVET yang saya pengerusikan. Itulah kedudukannya ketika ini.<\/p>\n<p>&#8220;Tiada lagi &#8216;dotted line&#8217;. Sebelum ini, peranan berkenaan dalam menjaga FELDA hanya bersifat sokongan secara tidak formal kepada Perdana Menteri, namun kini ia telah dimuktamadkan dan diformalkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ahmad Zahid berkata UMNO tidak pernah menekan atau mengemukakan tuntutan melampau kepada Perdana Menteri. &#8220;Saya ingin menegaskan bahawa dokongan UMNO kepada kerajaan ketika ini kekal. Kita tidak pernah menekan atau meminta Perdana Menteri tunduk.<\/p>\n<p>&#8220;Beliau memaklumkan bahawa kita tidak boleh meminta semua dan tidak mampu memberikan semua kerana terdapat 17 parti dalam kerajaan ketika ini.<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, perkongsian kuasa dan pengagihan jawatan, walaupun tidak sama rata, tetap mengambil kira permintaan parti-parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah dipertanggungjawabkan secara rasmi sebagai menteri yang menjaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":859,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2,16],"tags":[],"class_list":["post-858","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-business-dan-ekonomi","category-featured"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/858","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=858"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/858\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/859"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}