{"id":855,"date":"2026-01-18T06:53:13","date_gmt":"2026-01-17T22:53:13","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=855"},"modified":"2026-01-18T06:53:13","modified_gmt":"2026-01-17T22:53:13","slug":"peletakan-jawatan-dr-akmal-tak-jejas-akar-umbi-umno-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/01\/18\/peletakan-jawatan-dr-akmal-tak-jejas-akar-umbi-umno-asyraf-wajdi\/","title":{"rendered":"Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO &#8211; Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka, tidak memberi kesan kepada UMNO.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan Dr Muhamad Akmal terus mengekalkan jawatannya dalam parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya sebagai seorang abang pernah menasihatinya supaya tidak melakukan sebarang tindakan beremosi.<\/p>\n<p>&#8220;Yang paling penting, dia harus kekal sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kerana itu jawatan yang dipilih&#8230; dan dia membawa suara sayap parti,\u201d katanya pada sidang media di ibu negara, pada Sabtu.<\/p>\n<p>Menurut beliau, selagi Dr Muhammad Akmal terus memegang jawatan tersebut, UMNO tidak menjangkakan sebarang isu besar timbul di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cSelagi mana dia masih Ketua Pergerakan Pemuda, saya kira tidak akan ada isu besar di akar umbi. Yang penting, kita tidak mahu parti itu berselerak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas sama ada sebarang panggilan diterima daripada DAP susulan tindakan Dr Muhamad Akmal meletakkan jawatan Exco, Asyraf Wajdi berkata perkara itu wajar dirujuk kepada beliau sendiri.<br \/>\n\u201cItu kena tanya beliau. Pemuda biasalah, saya dulu pun Ketua Pemuda juga. Pemuda ada peranannya tersendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, meskipun suara Pemuda penting, sebarang keputusan dasar parti tetap diputuskan melalui saluran rasmi.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya, keputusan dasar dan hala tuju parti ini ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO. Akmal sendiri menyebut dia tidak pernah melanggar keputusan dan pendirian parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Memetik laporan media, Dr Muhammad Akmal dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Seri Negeri sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan berkenaan.<\/p>\n<p>-Agensi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka, tidak memberi kesan kepada UMNO. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":856,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,3],"tags":[],"class_list":["post-855","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-featured","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/855","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=855"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/855\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/856"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=855"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=855"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=855"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}