{"id":1120,"date":"2026-10-31T09:21:41","date_gmt":"2026-10-31T01:21:41","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=1120"},"modified":"2026-10-31T09:21:41","modified_gmt":"2026-10-31T01:21:41","slug":"prn-melaka-28-pusat-penamaan-calon-dibuka-mulai-9-pagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/10\/31\/prn-melaka-28-pusat-penamaan-calon-dibuka-mulai-9-pagi\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: 28 Pusat Penamaan Calon dibuka mulai 9 pagi"},"content":{"rendered":"<p>MELAKA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini melibatkan 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri, sekali gus membuka tirai persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Proses penamaan calon berlangsung dari 9 hingga 10 pagi, dengan kertas pencalonan masing-masing akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum senarai calon yang layak bertanding disytiharkan.<\/p>\n<p>Penamaan calon itu turut menandakan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari sebelum rakyat Melaka keluar mengundi pada 14 November ini.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 10 November.<\/p>\n<p>Persaingan politik di Melaka menyaksikan gabungan penyandang, muka baharu serta bekas pemimpin yang kembali mencuba nasib dalam usaha meraih mandat rakyat.<\/p>\n<p>Berdasarkan pengumuman parti setakat ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional masing-masing mempertaruhkan 24 calon dan 23 calon, manakala Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan 16 calon.<\/p>\n<p>Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula meletakkan lapan calon, manakala Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) masing-masing mempertaruhkan lima calon.<\/p>\n<p>Bagi PH, agihan calon membabitkan 10 daripada PKR, tujuh DAP dan tujuh Parti Amanah Negara (Amanah).<\/p>\n<p>BN pula mempertaruhkan 18 calon UMNO, empat MCA dan seorang MIC.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan sebanyak 189 borang penamaan calon dibeli bagi PRN Melaka setakat Khamis malan, dengan 45 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit.<\/p>\n<p>Berdasarkan statistik SPR, seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini, membabitkan 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.<\/p>\n<p>-Agensi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini melibatkan 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri, sekali gus membuka tirai persaingan merebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1121,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,3],"tags":[],"class_list":["post-1120","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-featured","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1120","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1120"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1120\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1121"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1120"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1120"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1120"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}