{"id":1067,"date":"2026-10-09T14:47:29","date_gmt":"2026-10-09T06:47:29","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=1067"},"modified":"2026-10-09T14:47:29","modified_gmt":"2026-10-09T06:47:29","slug":"sektor-koperasi-negara-disasar-capai-pendapatan-rm100-bilion-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/10\/09\/sektor-koperasi-negara-disasar-capai-pendapatan-rm100-bilion-tahun-ini\/","title":{"rendered":"Sektor Koperasi Negara Disasar Capai Pendapatan RM100 Bilion Tahun Ini"},"content":{"rendered":"<p>MELAKA, 9 Okt (Bernama) &#8212; Sektor koperasi negara disasarkan mampu mencapai pendapatan mencecah RM100 bilion tahun ini, didorong pertumbuhan positif serta keanggotaan dan perolehan modal yang semakin mengukuh.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mohd Marzuki Yasoa&#8217; berkata sehingga 31 Dis tahun lepas, sektor koperasi negara merekodkan pendapatan berjumlah RM81.6 bilion dengan aset berjumlah RM186.75 bilion.<\/p>\n<p>&#8220;Sehingga 31 Dis tahun lepas, sebanyak 16,468 buah koperasi direkodkan di seluruh negara dengan modal saham dan yuran terkumpul berjumlah RM18 bilion.<\/p>\n<p>&#8220;Perangkaan ini mencerminkan peranan dan sumbangan signifikan gerakan koperasi dalam memperkukuh pembangunan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan anggota dan masyarakat sekali gus kita optimis pendapatan sektor koperasi negara mampu mencapai RM100 bilion pada tahun ini,&#8221; katanya kepada pemberita di sini malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Apresiasi Gerakan Koperasi 2026 Peringkat Negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.<\/p>\n<p>Mohd Marzuki berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SKM memberi penekanan  khusus bagi menggalakkan lebih banyak koperasi di negara ini untuk terlibat dalam sektor keterjaminan makanan sekali gus usaha itu menjadi antara agenda utama gerakan koperasi ketika ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata usaha ini bagi memastikan bekalan makanan negara tidak terjejas sekiranya berlaku sebarang situasi di luar jangka selaras dengan pelbagai konflik di peringkat global.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, kita juga turut menggalakkan gerakan koperasi di negara ini menceburi industri pendigitalan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) seiring perkembangan teknologi berkenaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan menerusi Kuskop dan Kementerian Kewangan menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi membantu gerakan koperasi di negara ini berkembang termasuk Tabung Modal Pusingan yang diperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun katanya sehingga kini, hanya kira-kira RM22 juta sahaja daripada jumlah peruntukan itu telah disalurkan kepada koperasi yang memerlukan dan pihaknya menggalakkan koperasi yang memerlukan bantuan untuk tampil melakukan permohonan.<\/p>\n<p>&#8220;Di bawah tabung berkenaan terdapat sebanyak 21 jenis bantuan ditawarkan untuk membantu koperasi yang berdepan dengan apa jua masalah atau kekangan serta memastikan koperasi terlibat dapat terus berkembang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu pada majlis itu, SKM melancarkan Buku Profil Gerakan Koperasi Negeri Melaka 2026 yang memaparkan profil 35 buah koperasi terbaik Melaka.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA, 9 Okt (Bernama) &#8212; Sektor koperasi negara disasarkan mampu mencapai pendapatan mencecah RM100 bilion tahun ini, didorong pertumbuhan positif serta keanggotaan dan perolehan modal yang semakin mengukuh. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1057,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2,16],"tags":[],"class_list":["post-1067","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-business-dan-ekonomi","category-featured"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1067","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1067"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1067\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1057"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1067"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1067"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1067"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}