{"id":1013,"date":"2026-09-23T18:52:08","date_gmt":"2026-09-23T10:52:08","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=1013"},"modified":"2026-09-23T18:52:08","modified_gmt":"2026-09-23T10:52:08","slug":"pentadbiran-melaka-terus-berjalan-bawah-kerajaan-sementara-ab-rauf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/09\/23\/pentadbiran-melaka-terus-berjalan-bawah-kerajaan-sementara-ab-rauf\/","title":{"rendered":"Pentadbiran Melaka terus berjalan bawah kerajaan sementara &#8211; Ab Rauf"},"content":{"rendered":"<p>MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberikan jaminan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka akan terus berfungsi di bawah status kerajaan sementara (caretaker government) sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cPembubaran DUN Melaka tidak bermakna urusan-urusan kerajaan terhenti. Pentadbiran negeri, penyampaian perkhidmatan awam, urusan kebajikan rakyat, keselamatan serta perkhidmatan harian kerajaan terus berjalan seperti biasa.<\/p>\n<p>\u201cSemua jabatan, agensi kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus melaksanakan tugas secara profesional berdasarkan undang-undang dan tata kelola yang ditetapkan,\u201d katanya dalam sidang media pembubaran DUN di Kompleks Seri Negeri pada Selasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, proklamasi pembubaran DUN juga diserahkan terus kepada Pengarah SPR Melaka, Rudy Rohan Johan pada hari yang sama untuk diangkat ke peringkat ibu pejabat SPR.<\/p>\n<p>Mengulas soalan media berhubung pemilihan tarikh pembubaran, Ketua Menteri menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek risiko, termasuk faktor cuaca dan ancaman bencana alam.<\/p>\n<p>\u201cKita mengambil kira faktor alam, mungkin ada banjir atau bencana, jadi kita mengambil kira banyak sudut dan persediaan telah dibuat lebih awal.<\/p>\n<p>&#8220;Pemilihan tarikh pembubaran dibuat hari ini, namun tarikh Pilihan Raya Negeri terserah sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Ab Rauf turut melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi barisan Exco, Timbalan Exco, dan wakil rakyat yang disifatkan komited menyantuni masyarakat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)<\/p>\n<p>Beliau menonjolkan kejayaan program seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan program HEBAT (Hari Exco Bertemu Rakyat) yang telah menyelesaikan peratusan besar masalah akar umbi.<\/p>\n<p>&#8220;Daripada lebih 5,000 aduan yang diterima di seluruh negeri Melaka, kira-kira 80 peratus telah berjaya diselesaikan merangkumi pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan, infrastruktur sekolah, longkang, dan lampu jalan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>-Agensi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberikan jaminan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri. Beliau menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":997,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,3],"tags":[],"class_list":["post-1013","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-featured","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1013","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1013"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1013\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1013"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1013"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1013"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}