{"id":1003,"date":"2026-09-23T18:48:40","date_gmt":"2026-09-23T10:48:40","guid":{"rendered":"https:\/\/melakadaily.my\/?p=1003"},"modified":"2026-09-23T18:48:40","modified_gmt":"2026-09-23T10:48:40","slug":"belanjawan-2027-dijangka-perkukuh-keterjaminan-makanan-sokong-agromakanan-mbsb-ib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/2026\/09\/23\/belanjawan-2027-dijangka-perkukuh-keterjaminan-makanan-sokong-agromakanan-mbsb-ib\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2027 Dijangka Perkukuh Keterjaminan Makanan, Sokong Agromakanan \u2013 MBSB IB"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) &#8212; MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan keterjaminan makanan kekal antara fokus utama kerajaan dalam Belanjawan 2027, selaras dengan agenda lebih luas yang digariskan di bawah Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN2030).<\/p>\n<p>Menurut MBSB IB, perkara itu mencerminkan usaha berterusan untuk memperkukuh daya tahan sistem makanan Malaysia dalam jangka panjang, selain meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cLangkah dasar dijangka terus memberi tumpuan bukan sahaja kepada peningkatan pengeluaran makanan domestik dan pengukuhan rantaian bekalan, tetapi juga kepada peningkatan pendapatan isi rumah, sokongan kepada petani dan pengeluar agromakanan, serta penambahbaikan kemampuan dan akses kepada barangan makanan asas,\u201d menurut laporan tematik yang dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p>MBSB IB menjangkakan langkah memperkukuh pengeluaran makanan domestik merangkumi subsidi dan sokongan kewangan kepada petani, penternak dan nelayan, di samping penggunaan mekanisasi, automasi dan teknologi pertanian yang lebih meluas bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan.<\/p>\n<p>Menurutnya, penekanan lebih besar boleh diberikan kepada pertanian berdaya tahan iklim, termasuk penambahbaikan sistem pengairan, penggunaan varieti tanaman berdaya tahan serta langkah mitigasi banjir.<\/p>\n<p>Usaha meningkatkan tahap sara diri dan mempelbagaikan sumber bekalan pula dapat mengurangkan pendedahan kepada gangguan import serta turun naik harga global.<\/p>\n<p>Langkah lain boleh memberi tumpuan kepada pengukuhan rantaian bekalan makanan domestik melalui penambahbaikan kemudahan pergudangan, rantaian sejuk dan infrastruktur penyimpanan.<\/p>\n<p>\u201cIni akan membantu mengurangkan kehilangan lepas tuai, memanjangkan jangka hayat produk serta menyokong pengagihan makanan yang lebih stabil di seluruh negara,\u201d menurut laporan itu.<\/p>\n<p>Walaupun inflasi secara amnya kekal terkawal, MBSB IB menyifatkan usaha memperkukuh keterjaminan makanan sebagai penting bagi meningkatkan daya tahan sektor makanan domestik terhadap perkembangan luaran yang tidak menentu.<\/p>\n<p>Menurutnya, makanan merangkumi hampir satu pertiga daripada bakul penggunaan rakyat Malaysia dan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi inflasi keseluruhan serta tekanan kos sara hidup isi rumah.<\/p>\n<p>Kesan itu amat ketara bagi isi rumah berpendapatan rendah yang lazimnya memperuntukkan bahagian lebih besar daripada perbelanjaan mereka untuk makanan dan keperluan asas lain.<\/p>\n<p>Melangkah ke hadapan, inflasi makanan mungkin kembali berdepan tekanan menaik susulan peningkatan kos input pertanian, khususnya harga baja, manakala keadaan cuaca buruk berpotensi mengekang pengeluaran domestik dan mengganggu bekalan.<\/p>\n<p>\u201cTekanan ini boleh menyebabkan harga makanan runcit meningkat, khususnya bagi hasil segar dan barangan makanan asas lain yang bekalannya lebih terdedah kepada keadaan cuaca dan pengeluaran,\u201d menurut laporan itu.<\/p>\n<p>Dari perspektif pelaburan, MBSB IB menyarankan agar syarikat berkaitan makanan mengutamakan daya tahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan terhadap keterjaminan makanan.<\/p>\n<p>Menurutnya, permintaan terhadap produk makanan, khususnya makanan ruji seperti ayam, beras dan minyak masak, dijangka kekal kukuh, walaupun ketidakupayaan untuk memindahkan sepenuhnya peningkatan kos makanan ternakan, baja, tenaga dan logistik kepada pengguna pada peringkat awal boleh memberi tekanan kepada margin keuntungan.<\/p>\n<p>\u201cKami mengutamakan syarikat yang mempunyai kapasiti pengeluaran domestik, operasi bersepadu secara menegak, rangkaian perolehan yang pelbagai serta kunci kira-kira yang kukuh kerana ciri-ciri ini dijangka memberikan daya tahan pendapatan yang lebih tinggi ketika berdepan gangguan bekalan berpanjangan,\u201d menurutnya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) &#8212; MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan keterjaminan makanan kekal antara fokus utama kerajaan dalam Belanjawan 2027, selaras dengan agenda lebih luas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":993,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2,16],"tags":[],"class_list":["post-1003","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-business-dan-ekonomi","category-featured"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1003","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1003"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1003\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1003"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1003"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/melakadaily.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1003"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}