PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan, lima dilantik Ketua Polis Negeri
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 23 pegawai kanan berkuat kuasa 18 Ogos depan.
Ia antaranya melibatkan lima pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner (DCP) yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner (CP), sekali gus dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu.
Kelima-lima mereka menerajui kontinjen Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, serta Johor.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pertukaran tersebut antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pertukaran tersebut antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.
SENARAI LAIN:
– Ketua Urus Setia/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Marvin Tan Seng Kian ditukar kepada Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan / Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, memangku pangkat SAC.
– Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP S. Batumalai R. Suppiah dilantik sebagai SAC (Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
– Penolong Pengarah Operasi Pencegahan (Analisa Pendataan) Cawangan Operasi Pencegahan/ Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Hoo Chang Hook dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields Kuala Lumpur.
– Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superitendan Mohamad Alpiyang Ali dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dengan memangku Pangkat ACP.
– Penolong Ketua Urus Setia (Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superitendan Azahar Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Urus Setia/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
– Ketua Unit Siasatan Jenayah Korporat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superitendan Mohd Zaini Othman dilantik sebagai Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.