James Cameron sahkan Michelle Yeoh bakal bintangi dua sekuel filem Avatar

PEMENANG Anugerah Oscar, Michelle Yeoh disahkan muncul dalam Avatar 4 dan Avatar 5, menurut pengarah francais, James Cameron.

Bagaimanapun, pembabitan pelakon kelahiran Malaysia itu tertakluk kepada kelangsungan dua filem berkenaan yang masih menunggu lampu hijau studio susulan kos penerbitan tinggi dan keadaan industri yang suram.

Cameron berkata, Yeoh akan memegang watak Na’vi dengan nama karekter Palakpuelat.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebahagian babak Avatar 4 telah dirakam lebih awal sebagai persediaan logistik jangka panjang produksi francais itu.
Yeoh sebelum ini diumumkan menyertai dunia Avatar sejak 2019 tetapi tidak muncul dalam Avatar 3.

Pelakon tersebut dilaporkan telah menjalani penggambaran selama beberapa minggu dan meluahkan keterujaannya dapat bekerjasama kembali dengan Cameron.
Jika produksi diteruskan, Avatar 4 dijangka ditayangkan pada Disember 2029, diikuti Avatar 5 pada Disember 2031.

Cameron turut menyatakan bahawa sekiranya projek dihentikan, beliau akan mendedahkan jalan cerita yang dirancang sebagai penghormatan kepada peminat francais tersebut

-Agensi